Monday 18 March 2013

Lahad Datu

ayuh..
bangun dan bersemangatlah
anak muda
bangsa Malaysia

Bersatu
menyokong
sepenuhnya
untuk mereka yang berjuang


Thursday 28 February 2013

Kesilapan Ini Bukti #ManifestoBukanJanji





Malah, tindakan Anwar itu dikatakan tidak profesional dan dianggap bertindak sesuka hatinya.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, tindakan meminda sesuatu dan bertindak sesuka hati tanpa berbincang adalah perkara biasa bagi Anwar.

Katanya, tabiat itu telah menunjukkan Ketua Pembangkang seorang yang angkuh dan sombong kerana tidak membawa perkara tersebut di peringkat jawatankuasa pusat. 

"Bagaimana beliau hendak jadi Perdana Menteri sekiranya boleh meminda manifesto sesuka hati hanya setelah diminta berbuat demikian oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana individu," katanya ketika dihubungi Utusan Online, hari ini.

Anwar dilaporkan telah meminda manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pakatan pembangkang dengan menambah perkara berkaitan royalti minyak selepas dipersoal oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika menghadiri satu majlis di Pasir Puteh petang semalam.

Tambahan perkara itu ditulis beliau menggunakan tulisan tangan dan ditandatangani sambil mendakwa ia terlupa untuk memasukkan perkara tersebut yang selama ini diperjuangkan oleh kerajaan Pas Kelantan.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Ruslan Kassim pula berkata, perbuatan Anwar yang meminda manifesto tanpa berbincang itu sebagai sangat terdesak untuk menutup kesilapan pakatan pembangkang.

Malah, kerelaan Anwar membuat pindaan serta-merta setelah didatangi sebuah NGO itu hanya bertujuan memancing undi.

Katanya, banyak perkara lain "terlupa" atau sengaja dilupakan oleh pakatan pembangkang di dalam manifesto tersebut termasuk hudud, agama Islam, selain isu royalti minyak.

"Dalam perkara ini, saya boleh membuat kesimpulan bahawa Pas, PKR dan DAP ibarat tidur atas tilam yang sama, tetapi, mimpi lain-lain," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

#ManifestoBukanJanji

Dipetik dari klik sini

Monday 25 February 2013

Manifesto Penipu Rakyat !


Ibarat menabur hampas. Hanya ayam dan lembu sahaja yang akan tertarik..

#PRManifesto

Jangan nodai kesucian Allah dan Islam

Buka minda, buka hati.

(Utusan Malaysia 12 Januari 2013)

Akhbar dan wartawan ultra kiasu terus menerus memainkan sentimen kalimah Allah. Mereka sanggup lakukan apa sahaja, bagi memastikan isu ini berpihak kepadanya. Cara yang paling mudah mendapat sokongan dan simpati,  dengan menelefon dan menemu bual pemimpin-pemimpin bukan Islam dan peguam-peguam ultra kiasu untuk mendapatkan pandangan mereka dan seterusnya mensensikan isu ini. Orang yang tidak pro kepada agenda licik mereka, tidak akan dihubungi. Malang sekali, kita terikut-ikut sama mengikut rentak tari yang dimainkan.

Misalnya, ada yang mencadangkan agar lagu negeri Selangor diubah kerana kalimah Allah ada di situ. Tindakan ini dilakukan, sebagai sindiran tindakan umat Islam yang melarang penggunaan kalimah suci ini. Ternyata, dari segi logiknya, kedua isu ini berbeza. Lagu negeri Selangor mempunyai sejarahnya tersendiri. Kenapa kalimah Allah terdapat lagu tersebut juga ada sebab musababnya? Sejak dahulu lagi bukan Islam tidak selesa menyebutnya, kerana mereka tahu Allah itu adalah Tuhan umat Islam. Mereka terpaksa akur kerana mereka rakyat negeri Selangor. Namun, apabila isu ini timbul, lain pulak ceritanya. Yang tidak selesa menjadi selesa pula. Masihkah kita buta? Perintah raja selaku ketua agama Islam sudah diabaikan. Mereka menjadi semakin kurang ajar.

Sama seperti lagu negara Singapura dan cogan kata “Majulah Singapura”. Versinya tetap dalam bahasa Melayu, walaupun Singapura menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Begitu juga koman-koman dalam tentera, masih menggunakan bahasa Melayu. Kenapa kerajaan Singapura tidak bertindak menukarnya walaupun ada percubaan untuk berbuat demikian? Jawapannya adalah  kerana ia ada nilai sejarah tersendiri. Ia juga menyentuh sensitiviti Melayu. Justeru, jika tidak tahu, bertanyalah. Jangan ikut sedap mulut. 

Contoh lain, selaku pengajar di universiti tentera, logo dan pemakaian pangkat (crown) pasukan keselamatan seperti angkatan tentera (darat laut dan udara), dan polis, rata-rata tertera kalimah Allah dan Muhammad. Orang bukan Islam yang memilih untuk menjadi anggota keselamatan, wajib memakainya, suka atau tidak. Orang bukan Islam menjunjung Allah dan Muhamad walaupun terpaksa.

Persoalannya, adakah kita perlu ubah atau buat logo dan crown yang lain untuk orang bukan Islam. Jawapannya, tidak boleh, kerana ia ada sejarah tersendiri. Memang sebelum ini, ada percubaan untuk menukar logo dan lambang yang tertera, termasuk askar Melayu, kerana ultra kiasu tidak selesa dengan lambang dan identiti tersebut. Kini, secara tiba-tiba bila ada kepentingan, yang dulu menjadi masalah, tidak menjadi masalah lagi. Tuhan mereka juga adalah Allah. Kenapa baru sekarang? Pelik bin ajaib.

Apapun ingin saya tegaskan, isu lagu, logo, lambang kalimah Allah berbeza dengan isu penggunaan kalimah Allah secara rasmi oleh bukan Islam, meskipun dari segi teologi mereka  ada sejarah tersendiri. Membuat perbandingan antara keduanya, membuktikan betapa dangkalnya ilmu kita.

Isu utama adalah soal penggunaan dan perlindungan undang-undang. Sekian lama kalimah Allah tidak pernah digunakan, kenapa baharu sekarang? Misalnya, salah satu faktor kenapa tanah milik kerajaan boleh menjadi milik individu atau  Pulau Batu Putih menjadi milik Singapura, adalah soal penggunaan. Mereka yang tidak menggunakannya atau membiarkannya, akan terlepas hak milik. Kenapa setinggan mendapat pampasan, kerana mereka membangun dan menggunakan tanah kerajaan. Sekian lama, kalimah Allah tidak pernah digunakan, tiba-tiba ultra kiasu ini begitu beriya-iya. Kenapa ya?

Saya tidak kisah sangat jika UMNO bersetuju penggunaan kalimah Allah di kalangan non Muslim, kerana selama ini pun UMNO dituduh sebagai jahil, taughut dan kafir oleh PAS. Saya amat hairan juga, kenapa PAS tidak mengkafirkan  PKR, sedangkan PKR juga tidak mendaulatkan Islam. Jangan hanya sepakatan, kita tidak berani menegur dan menyembunyikan kemungkaran yang dilakukan.

Dek kerana PKR sama-sama menentang UMNO, maka PAS sanggup bekerjasama. Sedangkan perangai orang PKR sama seperti perangi UMNO. Maaf, saya tidak labelkan semua orang UMNO sebegitu. Begitu juga PAS.

Melayu PKR adalah Melayu yang kecewa dengan UMNO, perangainya tetap sama. Bezanya, hari ini adalah, UMNO mula menyedari kesilapan mereka dan ingin kembali dan memperbaiki kesilapan masa lalu. Harap-harap begitulah. Sedangkan perangai lama UMNO dalam PKR tetap sama. PKR juga merebut projek, rasuah, kaki perempuan dan sebagainya.

Jika tidak ada PAS yang mengawasi, sudah tentu perangai mereka akan menjadi lebih buruk lagi. Justeru, saya amat hairan, kenapa PAS sanggup bekerjasama PKR. DAP usahlah disebut, sebab dari mula hingga kini, terus menentang dan memusuhi Islam. Cuma PAS sahaja perasaan, dengan kerjasama ini, atas nama dakwah.

Malangnya, setakat ini, ultra masih lagi tidak lembut-lembut terhadap Islam? Apakah  kita masih mahu menggunakan alasan lapok, pakatan ini masih baru berbanding dengan pakatan dalam UMNO BN sejak merdeka? Dalam memperkatakan soal kelembutan terhadap, bukan isu baru atau lama. Persoalan yang perlu difikirkan adalah, mereka ini musuh Islam atau kawan Islam?  

Saya memuji sangka baik PAS dalam hal ini. Tetapi saya ingin lihat, berapa ramai orang DAP yang akan diIslamkan oleh PAS melalui kerjasama ini? Apakah PAS dapat melunak mereka yang anti Islam? Apakah PAS akan berjaya membenteras kemungkaran anjuran mereka? Kita tunggu dan lihat.  

Apapun, dalam isu kalimah Allah, saya sama sekali tidak dapat menerima. Pendirian PAS selama ini amat jelas. Pendapat ulamak mereka seperti Harun Din dan Harun Taib, amat tegas sekali. Harun Din pernah sebak menjelaskan isu ini. Begitulah sayangnya segelintir ulamak PAS terhadap ALLAH. Tetapi, bukan semua ulamak PAS bertindak sedemikian. Ada yang menjadi ularmak.

Apa yang saya lihat, semakin lama PAS berkawan dengan DAP, semakin kuat mereka menentang Islam, sama ada kalangan generasi tua mahupun generasi muda. Kenapa? Jawapannya. generasi muda DAP hari ini ramai yang memeluk Kristian, dari memeluk Islam. Dakyah Kristian lebih kuat semenjak PAS bersama mereka daripada dakwah Islam yang berlaku. Justeru, PAS perlu kaji kenapa mereka gagal dalam misi dakwah ini. Bukannya mendabik dada mengatakan, semenjak berkawan dengan DAP, mereka sudah faham Islam. Jika sudah faham, kenapa mereka begitu kuat menentang Islam? Di mana silapnya? Apakah masih menyalahkan UMNO BN itu wajar?

Saya masih teringat azam pemimpin PKR hari ini ketika masih berada dalam UMNO. Dia masuk UMNO kerana mahu mencuci najis yang berada dalam UMNO. Malangnya, setelah berada dalam UMNO, dia terus bergelumang dengan najis tersebut. Hari ini, dia cuba mencuci najis dalam PKR dan DAP, bukti menunjukkan adalah sama. Kenapa? Kerana mereka adalah orang yang sama, membawa perangai dan nafsu serakah yang sama.  

Saya amat berharap UMNO tidak akan goyah dan tetap pendiriannya berhubung isu kalimah ALLAH. UMNO akan hancur jika melakukan sesuatu hanya untuk mendapat simpati politik,  kuasa dan undi. Jangan biarkan kalimah keramat ini dinodai. Jika UMNO juga berlembut seperti mereka, maka jelaslah UMNO masih lagi tidak berubah. UMNO sama juga seperti mereka.

Sejak dulu lagi saya konsisten, bahawa kalimah Allah adalah milik mutlak umat Islam, walaupun agama lain juga berhak ke atas penggunaanNya dari segi teologi. Saya bercakap dalam konteks Malaysia dan cara hidup Melayu, bukan negara lain.

Pertama, agama Islam dilindungi oleh perlembagaan dan terletak di bawah kuasa raja-raja Melayu. Saya telah huraikan sebelum ini, tidak perlu diulang.

Kedua, selama ini kalimah Allah tidak pernah digunakan secara meluas kecuali sedikit sangat di Sabah dan Sarawak. Di peringkat antarabangsa langsung tidak ada. Jika ada, sudah tentu dalam filem-filem barat atau bahan bacaan mereka, akan terselit kalimah ini. Kenapa kita tidak pernah jumpa? Kenapa hari ini ultra kiasu terlalu beriya-iya? Kajilah agenda tersirat dan tersurat.

Agendanya tidak lain, mereka mahu jadikan rantau Melayu sebagai syurga Kristian, setelah mereka gagal di barat.  Mereka telah berjaya di Indonesia. Setiap tahun hampir 2 juta umat Islam di Indonesia menjadi korban kerana ‘gula-gula’ agama ini. Targetnya hari ini adalah orang Melayu dan bukan Melayu terutama orang Cina. Kerana mereka tahu, apabila kumpulan ini memeluk Kristian, mereka lebih Kristian dari Kristian. Lihatlah apa yang berlaku kepada Lina Joey atau Azlina Jailani. Orang Cina, usahlah dikira. Mereka akan menjadi lebih ekstrim apabila memeluk Kristian. Saya lontar idea ini kerana saya pernah menjadi Kristian suatu ketika dahulu.

Ketiga, kalimah Allah dan orang Melayu Islam sudah sebati. Ibarat isi dengan kuku, sudah menjadi darah daging, walaupun Melayu itu jahil sekalipun. Sebab itu, cara kita menggunakan kalimah-kalimah ini berbeza dengan orang lain. Kita menghormati kalimah ini melalui urutan perkataan atau lenggok bahasa bersopan. Misalnya, kalimah Allah, kita tidak sebut perkataan.  Perkataan menggantikan kalimah. Nabi dan Rasul, kita gunakan perkataan Baginda. Apabila Baginda wafat, kita tidak guna perkataan mati, meninggal, atau mangkat. Sehingga kematian Nabi/Rasul dibezakan dengan raja, semata-mata untuk menjaga kemuliaanNya.

Keempat, setakat pergaulan saya, orang bukan Islam, jarang kita jumpa boleh menyebut kalimah Allah dengan betul. Bila menyebut Allah, mesti bunyinya menjadi allaa. Jika tidak percaya, suruhlah ultra kiasu menyebutnya, termasuk pemimpin-pemimpin Kristian yang begitu bersungguh-sungguh mahu menggunakanNya. Bukti menunjukkan bahawa lidah mereka tidak biasa dengan sebutan Allah. Sebutan Allah mereka akan menjadi pelat dan tidak tepat.

Kelima, kalimah Allah bukan terjemahan kepada makna Tuhan. Tuhan digunakan untuk mengajar anak-anak mengenal Allah. Tetapi Allah adalah Allah. Terjemahan Tuhan atau God atau Lord  bukan merujuk kepada Allah. Tetapi oleh kerana kita jahil, maka terjemahan Tuhan digunakan. Apapun, Tuhan itu tidak sama dengan Allah. Sebab itu, apabila kita mengucapkan shahadah, “tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH”. Bukannya, “tiada tuhan yang berhak disembah melainkan tuhan”.

Keenam, kenapa bible dalam versi mandarin, tamil dan bahasa Inggeris langsung tidak tertera  kalimah Allah? Kenapa ultra kiasu begitu bersungguh mahukan bible bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah? Cuba lihat bible dalam bahasa Inggeris, apa yang tertera adalah  tiga nama tuhan yang digunakan iaitu god, yahweh dan Jehovah. Yang mana satu tuhan mereka? Di mana kalimah Allahnya?  Saya berani menyatakan bahawa niat jahat mereka adalah untuk mengelirukan umat Islam supaya menjadi Indonesia kedua di sini. 

Banyak lagi yang ingin saya hujahkan. Kesimpulannya, setiap apa jua perkataan (kalimah) dalam Islam membawa makna yang amat signifikan. Ia perlu difahami dalam konteks perlembagaan dan penghormatan cara hidup penduduk majoriti. Kita tidak boleh menyamakan lagu atau koir dengan selawat. Selawat tetap selawat walaupun apapun bunyi atau melodi lagu digunakan untuk menyampaikan selawat. Bayangkan selepas ini semua semua bukan Islam Islam boleh menggunakan perkataan 99 nama Allah, selawat ke atas Nabi Isa, iman, taqwa dan sebagainya, apakah orang Melayu yang tipis imannya tidak akan terpesong? Ini bukan boleh boleh guna atau tidak, sampaikan dakwah atau tidak, memahamkan bukan Islam atau tidak. Ini soal ancaman terhadap agama Islam yang sengaja dilakukan, kerana mereka tahu peluang ini tidak datang dua kali.

Dipetik dari klik sini

Saturday 23 February 2013

Abaikan Jika Tidak Sayang Malaysia !





Nilai sendiri setelah anda menonton video ini.

Mahasiswa/i, anak-anak muda, dan rakyat Malaysia amnya, jika anda masih mempunyai rasa sayang terhadap tanah tumpah darah kita ini, pastikan anda yakin dengan pendirian anda ! Sudah terang lagi bersuluh saudara-saudaraku bahawa apa yang dilakukan pihak pembangkang di negara ini telah dirancang dengan begitu rapi.

Jangan kerana mahu memuaskan dan demi mencapai matlamat agenda pihak-pihak tertentu, bangsa dan tanah air yang kita cintai ini sanggup kita gadaikan.

Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Tolak Tangan Asing !


Friday 22 February 2013

Sedarlah Rakyat Malaysia !




Bila-bila saja Dato Seri Najib akan membubarkan Parlimen dan kemudiannya SPR akan setkan tarikh PRU 13. Rakyat Malaysia seluruhnya cukup berdebar menunggu siapa yang akan ke Putrajaya. Semua berita dan perkembangan politik semasa sedang di perhatikan oleh rakyat dan para pengundi PRU 13. Mungkin ini akan menjadi neraca pertimbangan para pengundi bagi menentukan siapa yang akan mereka mengundi.

Pada masa ini, kita di dendang dengan 2 jenis rentak politik iaitu rentak perjuangan Transformasi oleh BN dan rentak Reformasi oleh Pakatan Rakyat. Bagi BN, perjuanganTransformasi sedang berlansung dan berjalan secara realiti dan juga sedang di nikmati oleh semua rakyat Malaysia termasuk Parti-parti Pembangkang. Manakala Pakatan Rakyat pula perjuangan Reformasi yang digariskan dalam Buku Jingga mereka masih belum berjalan ataupun belum dilaksanakan secara 100 peratus,walaupun terdapat 4 negeriyang mereka menjadi Kerajaan. Ini bermakna Reformasi belum boleh dirasai oleh olehrakyat Malaysia. Oleh itu kata mereka "berikan mereka peluang untuk menduduki Putrajaya" pastinya kata mereka reformasi boleh dinikmati oleh semua. Benar atau tidak kenyataan mereka perlu dilihat pada realiti yang berlaku pada masa kini.

Secara perbandingan, realitinya " janji perlu ditepati " . BN telah tepati janji-janji mereka untuk "rakyat didahulukan " dan kerana itu pada masa ini Najib dendangkan semua perubahan untuk di hayati oleh rakyat Malaysia. Dari transformasi Politik, transformasi sosial, transformasi ekonomi hingga landskap Malaysia di transformkan oleh Najib.Manakala reformasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat yang menjadi slogan utama DSAI sejak 1998, tidak juga direalisasikan oleh Kerajaan Kedah,Kerajaan Kelantan, Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pulau Pinang yang merupakan Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS, PKR dan DAP. Bantahan-bantahan rakyat di Selangor dalam isu air, isu elaun tadika dan isu elaun ibu-ibu tunggal, bantahan rakyat di Kedah mengenai isu-isu alam sekitar empangan Pedu, bantahan rakyat di Kelantan mengenai isu air dan isu penorakaan tanah di Gua Musang dan Loging dan bantahan rakyat di Pulau Pinangmengenai isu-isu rumah mampu milik, isu-isu kalimah "Allah" dan isu-isu kebajikan rakyat Pulau Pinang yang lain, adalah bukti bertapa Pakatan Rakyat TIDAK menepati janji-janjimereka, sedang isu-isu yang DIBANTAH adalah isu-isu "CIVIL RIGHT" yang memang mereka menjadi "hero" sebelum mereka memenangi PRU 12 di negeri-negeri tersebut.

Apabila “MEREKA GAGAL” dalam melaksanakan tanggungjawab “MEREKA” sebagai kerajaan negeri dan juga sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang merekatonjolkan diri sebagai "kerajaan alternatif" selain dari Kerajaan BN yang ada, “MEREKA”terus bermain
" BLAMMING GAME ". Menyalahkan kerajaan BN atas kegagalan mereka. Guan Engmenyalahkan UMNO dalam isu kalimah "ALLAH", Guan Eng menyalah UMNO KERANAkegagalan mereka untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan UMNO dituduh rasis. Manakalan Dato Azizan MB Kedah pula menyalah UMNO dan BN kerana kegagalan projek pembangunan di Kedah termasuk dalam isu balak di Empangan Pedu dan meminta RM 100 juta kepada kerajaan Persekutuan untuk menyelamatkan hutan di Pedu . ManakalaDato Khalid MB Selangor juga terus menyalah UMNO dan BN Selangor atas isu air di Selangor. Manakala di Kelantan pula Tuan Guru Nik Aziz MB Kelantan terus jugamenyalah UMNO dan BN atas isu di Loging dan di Gua Musang. Yang jelas Pakatan Rakyat cuba menutup kelemahan pemimpin dan pentadbiran mereka yang cukup lemah dalam memerintah keempat-empat Negeri tersebut .

JELAS sejak dekat 5 tahun mereka memerintah (kes di Kelantan PAS memerintah lebih dari 20 tahun) telah menunjukkan realiti bagaimana KURANG hebatnya dan TERUKNYA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT memerintah di 4 buah negeri ini. Walaupun realitinya secara kebetulan Pakatan Rakyat memerintah 2 buah negeri yang kaya warisan Kerajaan BN yang lalu (Selangor dan Pulau Pinang ), manakala Kedah adalah negeri yang terbantut perancangan pembangunan yang telah rancang oleh Kerajaan BN yang lalu,manakala Kelantan  sebuah negeri yang miskin kerana  PAS menjadi Kerajaannya tetapi "expectation " rakyat selepas PRU12 mahu melihat macamana Pakatan Rakyat boleh mengubah negeri-negeri tersebut menjadi terus kaya dan yang miskin ditukar menjadi kaya dengan pembangunan untuk rakyat. Sepatutnya bermula 2008 Pakatan Rakyatsepatutnya ada agenda tersebut, tetapi sehingga ke 2013, Kedah dan Kelantan tetap tidak bergerak malah banyak masalah pentadbiran dan miskin. Manakala Pulau Pinang dan Selangor, mempunyai kerajaan negeri dan KM/MB yang kuat berpolitik hingga soal kebajikan rakyat kurang di utamakan.

Secara analisa perbandingan, kita boleh timbulkan satu persoalan, bolehkah Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Persekutuan untuk mengantikan Kerajaan Persekutuan BN? Darisegi realiti beberapa-berapa KAJIAN ILMIAH yang dibuat oleh sarjana-sarjana akademik yang juga pakar-pakar politik Malaysia, telah membuktikan secara data-data yang ada (sehingga kini), TELAH MENYATAKAN bahawa BN mampu untuk MENANG dalam PRU 13,walaupun Pakatan Rakyat akan memberi saingan yang sengit, tetapi kajian mengatakanBN MAMPU untuk MENEWASKAN Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan kajian-kajian yang respondennya adalah para pengundi masih tetap YAKIN pada Najib dan BN dan para pengundi masih TIDAK YAKIN dengan pemimpin Pakatan Rakyat dan parti-parti PAS, DAP dan PKR. Mungkin juga rekod kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Kedah, Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pulau Pinang yang banyak kelemahannya dan yang masih mempunyai banyak masalah yang belum mereka selesaikan sehingga saat akhirsebelum PRU13. Sedangkan negeri-negeri yang BN kuasai begitu menonjol pembangunan dan kesejahteraan rakyatnya dan ini amat di yakini oleh para pengundi-pengundi PRU13.


Bolehkah pengundi-pengundi PRU13 di Malaysia menjadi seperti pengundi-pengundi di Amerika Syarikat yang CUKUP MATANG dan memilih berdasarkan kepada rekod cemerlang yang berakarkan kepada REALITI di didepan mata bukannya sesuatu yang hanya  dinyatakan sebagai satu impian, dan para pengundi di Amerika Syarikat tetap memilih Presiden Obama yang sedang memegang kuasa di Rumah Putih. Pengundi Amerika tetap yakin dengan Obama daripada pencabarnya, mereka masih mahukan Obama kerana agenda "FORWARD" NYA yang lebih rasional dan menepati cita rasa rakyat Amerika . Di Malaysia, NAJIB telah membuat satu "transformasi" cukup besar dalam semua aspek dan ini sepatutnya menjadi satu kayu ukur yang harus dilihat oleh para pengundi dan bukannya melihat kepada janji dan impian yang tidak dicerminkan oleh pemimpin dan " perkahwinan kontrat " parti-parti Pakatan Rakyat. Mereka berkonflikslebih awal sebelum PRU13 . PERSOALANNYA BOLEHKAH PENGUNDI-PENGUNDI PRU13 MENJADI SEPERTI PENGUNDI PILIHANRAYA PRESIDEN 2012 DI AMERIKA SYARIKAT IAITU MEMILIH BERDASARKAN REKOD PERKHIDMATAN DAN SIAPA YANG MEREKA LEBIH YAKINI?

KITA patut FIKIR dan renungkan realiti, jangan korbankan kesejahteraan dan kenikmatan yang kita kecapi sejak merdeka dari hasil usaha yang dilakukan oleh semua Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin Perikatan dulunya dan Barisan Nasional pada masa sekarang. JANGAN PERJUDIKAN KEAMANAN, PERPADUAN, KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN YANG DIREDAI OLEH ALLAHSWT KERANA SEMATA-MATA FORMULA UNTUK MENCUBA DAN MEMBERIKAN PELUANG KEPADA SATU PAKATAN YANG TELAH TERBUKTI TIDAK MAMPU UNTUK MELAKUKAN SEBAIK KERAJAAN BN YANG MENJADI KERAJAAN SEJAK MERDEKA LAGI.

dipetik dari klik sini

Sunday 17 February 2013

Home Sweet Home !

Nampaknya USM dah kembali dipenuhi dengan mahasiswa/i setelah hampir sebulan bercuti. Jadi, macam-macam cerita boleh kita dengar dari rakan-rakan tentang bagaimana mereka habiskan cuti.. Ada yang bekerja sambilan, ada yang duduk kat rumah saja, rileks tak buat apa-apa..(hampeh tul).. Ada jugak yang sibuk dengan program-program lain..Bagus le tu kan.. =)

Memang setiap mula sem baru, benda yang paling ribut ialah JADUAL. Macam-macam kes. Clash dengan core paper, pack sangat, banyak kelas pagi, kelas memanjang sepanjang hari..tu belum daftar tutorial..cabaran awal semester. (Istighfar..) Pape pun dalam menuntut ilmu ni, elakkan merungut banyak sangat. Tiada benda yang mudah dalam dunia ni dan hasil sesuatu perkara itu bergantung kepada usaha yang dilakukan.



Jadi, sebelum mula semester secara rasmi iaitu esok, 18 Februari 2013, betulkan niat, jadikan kesilapan yang pernah dilakukan dulu sebagai pengajaran dan pastikan kita menggenggam kemas harapan ibu bapa. Bawalah azam,semangat dan harapan itu sepanjang semester ini. Semoga kita semua beroleh 'mumtaz' (cemerlang) bukan sahaja untuk duniawi malah ukhrawi juga..  :)


Friday 15 February 2013

Keputusan Exam


Alhamdulillah. hari ini merupakan hari paling bahagia aku. Tak sangka cuti semesterku ini berakhir dengan kenangan manis. Hari ini merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh kawan seperjuangan ku di USM iaitu keluar keputusan exam. Huuhuu berkat doa keluarga, kawan-kawan dan diri sendiri ,aku berjaya dapat dean list. Kawan-kawan ku lain  pon tak kurang hebatnya ada yang dapat dean list stiap tahun..=) Siapa kata orang aktif  macam YB pergi program sana-sini ley ganggu pelajaran..aku rasa tak .Janji pandai uruskan masa.tak sabar nak jumpa kawan-kawan semua..

Keputusan exam nie kadang-kadang tengok pada lecture gak. Lau ada lecture yang bayes nie payah gak. Tetiba teringat pasal kawan aku cerita. Ada lecture ini anti kerajaan, . watak sangat pelik. dia takkan bagi markah tinggi kat student yang nampak sokong kerajaan. Kesian kawan aku pointer dia jatuh sebab lecture tuh. Maklumlah kawan aku nie aktif orangnya. Bila lecture tau dia ala-ala kerajaan . Habis markah mid term kawan aku nie. paling rendah dia bagi. Tapi nasib baik tak kne repeat. Sejak kawan aku cerita , baru aku tau kenapa banyak sangat student mengedik datang bodek-bodek lecture, ikut je kemahuan lecture..haha

Ape pon tahniah kepada kawan-kawan lain yang dapat keputusan yang baik . bagi kawan-kawan yang tak bernasib baik. tak pe...anda masih ada masa lagi untuk perbaiki. walaupon bukan sekarang..mungkin sem baru ni.!! ayuh!

Monday 11 February 2013

Alhamdulillah :)



Tiga semester sudah berlalu, pejam celik pejam celik dah pon nak bukak sem.. rasa macam tak mau balik pon ada haish... tak boleh tanggungjawab aku nak menghabiskan pelajaran di usm ada lagi. teringat pulak kat kawan-kawan yang balik ke negeri masing-masing, mcm mna cuti korang semua..?? dalam cuti sem ni bnyak sangat kenduri kahwin kan?  tak menang tangan jugak nak p kenduri, maklumlah nak jaga hati semua, nanti ada pulak yang touching. tapi apa-apa pun Alhamdulillah ada jugak kawan-kawan yang selamat mendirikan masjid...(opppsss..) tahniah ye kawan., sampai dapat title ustaz dan ustazah lagi, terdetik jugak dalam pemikiran aku.. AKU BILA LAGI.. ?? ehem.. calon pon x ada lagi rsanya..kena mantapkan diri lagi ni sebelum nak mendirikan masjid.. satu lagi cara nak mantapkan diri dalam USM ikot la kem kepimpinan, bru ja abis baru-baru ni pimpin lanjutan kat langkawi.. best... macam- macam kena uji tak kiralah ketahanan mental atau fizikal.

Alhamdulillah sepanjang program Pimpin Siswa Lanjutan, ramai kenalan aku bercerita mengenainya dan kebanyakan tentang kem ketahanan diri di Sg. Perak. Kenalan aku ni ke sana untuk mencari pengalaman diri dan lagipun akulah yang mencabar dia ke menyertai ke kem tersebut. Dia menyahut cabaran aku dan menyertai kem tersebut dan alhamdulillah dia berjaya menghabiskannya.